Si Ming Li, Si Yi Qian, samseng upahan dan semua askar upahan di tempat kejadian tidak menyangka akan ada orang merempuh masuk seperti itu.
Ye Wan Wan sendiri tergamam. Dia lebih terkejut apabila dua orang lelaki berpakaian hitam itu menyapa budak kecil itu dengan penuh hormat sebagai "Tuan Muda" mereka.
"Kenapa kamu semua tercegat lagi dekat situ? Tangkap mereka!" jerit Si Ming Li.
'Tak guna, macam mana mereka boleh rempuh masuk macam tu?'
Si Ming Li memandang kepada mereka yang merempuh masuk dan mereka hanya dua orang!
Mereka mungkin telah mengambil kesempatan kepada kelemahan dalam pertahanan pengawal!
'Macam ni ke pengawal aku buat kerja? Mereka hanya tahu makan percuma saja!'
Tang Long melihat dua orang itu melayan budak kecil itu dengan penuh hormat dan mengarah dengan tegas, "Ahli kumpulan askar upahan Bunyi Naga, dengar sini. Kamu semua tidak dibenarkan menyerang."