Lelaki berambut panjang itu ketawa kecil. "Abang Qiang, mestilah saya dengar!"
Lelaki berjanggut ketawa pelik. "Hahaha, kami ingat dia pencuri tadi… tak sangka pula… kita jumpa orang dari bidang yang sama…"
Sebaik sahaja berkata "bidang yang sama"....
"AH!" Askar upahan itu telah melambung tinggi dan seluruh badannya terhentak ke dinding dengan kuat.
"Joe!!!" Wajah dua lagi askar upahan itu berubah pucat dengan ketakutan apabila mereka memandang lelaki berjanggut itu dengan perasaan tidak percaya.
'Apa lelaki tu cakap tadi....bidang yang sama?
'Pengawal keselamatan ni juga askar upahan?
'Tak guna! Kita tak sepatutnya pandang rendah kepada mereka!'
Joe berdiri dengan bersusah-payah. Tetapi sebaik sahaja dia berdiri tegak, dia telah melayang sekali lagi dan perkara ini berulang beberapa kali.