Si Ye Han melirik kepada gadis di sebelahnya yang sedang malu dan berkata tanpa perasaan, "Nenek, saya memang tak rancang nak ada anak. Lagipun Doktor Sun dah beritahu, mustahil dengan keadaan semasa saya. Di masa depan, kita boleh ambil anak angkat dari keluarga Si."
Si Ye Han berkata dengan tegas dan tidak memberi ruang untuk perbincangan.
Tiada siapa yang lebih tahu daripada dirinya yang Ye Wan Wan tidak suka kepada budak-budak dan tidak mahukan mereka.
Puan Tua mengerutkan dahinya. "Budak ni! Pilih orang lain sebagai waris kita ialah pilihan yang terakhir. Awak tak nak anak sendiri ke? Macam mana dengan Wan Wan? Awak tak fikir ke apa yang Wan Wan nak?"
Ye Wan Wan menundukkan kepalanya dan tidak mahu masuk campur.
Sebenarnya, dia tidak kisah…
Si Ye Han menjawab, "Wan Wan suka budak-budak dan nak anak kami sendiri. Tapi saya dah kecewakan dia dari aspek tu dan saya akan cuba yang terbaik untuk gantinya."
Ye Wan Wan terpana sepenuhnya…