"Eh, salah tu Bang. Teknik sebatan awak terlalu kasar! Tak profesional langsung!"
"Salah, salah, sudut Abang tu salah…"
"Hei, hei, hei, biar saya ajar awak! Ada teknik khas yang akan mudahkan awak…"
Akhirnya, Duan Li Zhao boleh dilihat hampir mahu menangis dalam rakaman itu dan melempar cematinya ke lantai. "Mari! Mari, mari! Awak pula buat! Saya biar awak yang soal-siasat, okey?!"
Dalam rakaman itu, gadis itu dilihat tersengih gembira dan berkata dengan teruja, "Baik!"
Selepas menonton seluruh rakaman itu…
Si Ye Han. "..."
Xu Yi. "..." 'Mungkin ada benda yang tak betul dengan cara aku mainkan rakaman ni…'
Duan Li Zhao berdiri di tepi dan tampak terkilan. "Tuan ke-9… macam mana saya berani nak tipu awak… Cik Ye memang tak takut langsung…"