'Bukan Tuan ke-9 tengah nazak ke? Kenapa dia boleh datang ke sini dan nampak elok je?'
Mereka hanya berani berbuat begini kepada perempuan ini hanya kerana mereka menyangka Tuan ke-9 sedang nazak dan Si Ming Li yang akan mengambil alih keluarga…
Si Ye Han hanya fokus kepada satu perkara. Pandangan lelaki itu melewati semua orang apabila dia berjalan ke arah gadis itu…
Apabila dia ternampak Ye Wan Wan berada dalam bilik gelap, matanya yang sedia hitam kelihatan semakin gelap.
Dia ternampak gadis itu memakai gaun berwarna merah dan rambut hitamnya terurai lembut melepasi bahu. Kulitnya kelihatan cerah dan bibirnya bak delima merah itu tampak lembut. Dalam bilik gelap yang suram dan menggerunkan ini, gadis itu seperti bunga mawar yang mekar dan ia tersangat indah, menyinari kegelapan ruang itu…
Si Ye Han terpaku seketika dan berdiri di hadapannya. Nafas lelaki itu sedikit mengah dan amarah mula kelihatan dalam matanya. "Kenapa awak tak pergi?"