Wajah Si Ye Han sendiri turut berubah. "Bilik gelap…"
Dia telah mengatur dengan teliti supaya seseorang melindungi gadis itu dan membantu Ye Wan Wan pergi dengan selamat…
Apabila dia tidak nampak gadis itu sebaik sahaja dia tersedar, dia hanya menganggap Ye Wan Wan pastinya sudah meninggalkan negara China…
'Bilik gelap!
'Itu penjara keluarga Si!
'Walaupun orang yang masih hidup keluar dari sana, mereka pastinya akan tempang…'
Suasana dingin dan menggerunkan tiba-tiba memenuhi segenap ruang wad itu…
…
Dalam bilik gelap.
Telefon bimbit Si Ming Li berdering dan ia panggilan daripada Feng Yi Ping.
Si Ming Li menyergah dengan menyampah, "Helo? Ha, kenapa?!"
Feng Yi Ping di hujung talian melaporkan dengan suara perlahan, "Kita ada masalah. Tuan ke-9 dah tahu pasal situasi ni dan sekarang mereka tengah bergegas ke penjara!"
"Apa… apa awak cakap…"
Si Ming Li mula panik.