Di luar wad.
Wajah Xu Chang Kun kelihatan sugul. "Kita kena cepat fikirkan jalan. Cik Wan Wan dalam bahaya kalau dia dibawa pergi oleh orang-orang Si Ming Li. Tapi Puan Tua sakit dan sekarang seluruh keluarga Si dalam kawalan orang tua. Semua tindakan kita juga akan dipantau rapi…"
Xu Yi memandang ayahnya dan kelihatan teragak-agak untuk bercakap.
Semenjak Doktor Sun meramal dia hanya mempunyai 6 bulan untuk hidup, Tuan ke-9 telah bersedia menghadapi "kematian" dia sendiri. Dia sudah menjangka sesuatu seperti ini akan berlaku.
Dia sudah menjangka satu perkara… Cik Wan Wan sendiri tidak akan mahu pergi…
'Tak guna! Kenapa tiba-tiba boleh jadi macam ni. Kesihatan Tuan ke-9 dah bertambah baik…'
…
Dalam wad.
Doktor Sun menutup matinya dan menumpu sepenuh perhatian kepada nadi Si Ye Han. "Mari tunggu lebih lama lagi…"