Malam ini memang malam yang ditakdirkan tanpa tidur.
Di dalam rumah Mawar kecil, lima orang askar upahan sedang berkumpul bersama dengan bimbang.
"Aduh, Si Ye Han tengah nazak sebab penyakit dia ke! Tuan kita mesti sedih lepas ni…"
"Saya tak rasa macam tu. Walaupun tuan ada perasaan dekat lelaki itu, masih ada ramai lagi si cantik lain walaupun lelaki tampan tu mati, kan!"
"Masalahnya sekarang, bukan kalau Si Ye Han mati, kita akan dipindahkan ke? Lagipun, tuan tinggal dekat sini sebab dia…"
"Mungkin… Saya tak sampai hati dah nak tinggal tempat ni. Tengok semua bunga-bunga cantik yang saya jaga! Dah lama saya tak rasa selesa macam ni…"
"Jiao Jiao pun tak nak pergi…"
…
Kediaman Qin.
Ayah kepada Qin Ruo Xi, Qin Feng, telah bergegas pulang malam itu juga.
"Ayah!"
"Macam mana keadaan sekarang?"