Si Xia dari dulu hanya menonton dari tepi dan menyangka Ye Wan Wan sedia maklum dengan semua ini. Tetapi dia tidak sangka gadis ini masih berdegil memilih jalan yang salah.
Si Xia memberi amaran dengan tegas, "Tak perlu cakap pasal orang bawahan Qin Ruo Xi, awak dah cacatkan sebelah kaki Si Yi Jie. Jadi Si Ming Li tak akan biarkan awak hidup! Awak perlu pergi esok. Kalau tak, awak tak akan boleh pergi walaupun awak nak!"
Ye Wan Wan menoleh kepada semua dokumen di atas meja itu. Semua ini mengambil masa yang lama untuk disediakan, tetapi Si Xia telah menghantar semua ini kepada dirinya sebaik sahaja sesuatu terjadi kepada Si Ye Han.
Ini bermakna, Si Xia telah lama bersedia untuk situasi ini…
Tiada siapa percaya orang seperti Ye Wan Wan, yang tiada pengetahuan langsung dalam bidang perubatan, akan berjaya merawat Si Ye Han. Si Ming Li dan Feng Yi Ping berpegang teguh kepada kepercayaan itu, termasuk juga Si Xia.