'Itu berkesan ke?
'Aku ingat aku kantoi kali ni…'
Ye Wan Wan sendiri tidak percaya yang dia berjaya memperdaya Luo Chen sekali lagi.
Gong Xu merenung Luo Chen dan rahangnya ternganga luas. "Kau ni betul ke tak, Luo Chen? Dia terkam lelaki tu sebaik saja dia masuk, cium dan cakap dia sayang lelaki tu. Nampak macam bergurau ke…"
Luo Chen mengerutkan keningnya. "Apa yang awak cuba cakap ni? Bukan Abang Ye baru jelaskan ke?"
Gong Xu tergamam. "Tak guna, IQ kau ni memang…"
Ye Wan Wan terus meluru mendapatkan Gong Xu dan menampar kepala lelaki itu. Dia kemudian memberi amaran dengan suara yang rendah, "Diam!"
Dia terus menoleh kepada Luo Chen. *kof* "Semuanya okey, Luo Chen. Jangan dengar dia cakap mengarut! Dia memang suka buat masalah. Jangan percaya apa yang dia cuba cakap, faham?"
Luo Chen mengangguk. "En."
Gong Xu. "..." 'Siapa yang cakap mengarut, eh?! Kau tu yang penipu besar!'