Gong Xu mengintai Han Xian Yu menerusi celahan jarinya dan bergumam, "Awak ingat kalau awak cakap macam tu, saya akan setuju bagi awak sertai kami…"
'Luo Chen yang bekerja dengan Abang Ye dulu, jadi aku tak kisah kalau dia lebih disayangi. Tapi kenapa lelaki yang sertai lepas aku ni dapat layanan istimewa juga!'
Urat di dahi Ye Wan Wan hampir meletup keluar. 'Budak ni nak kena belasah dulu baru dia ada adab!'
Ye Wan Wan melipat lengan bajunya dan baru hendak memukul Gong Xu apabila Han Xian Yu menghentikan langkahnya. Lelaki itu kemudian menoleh kepada Gong Xu dengan bersahaja. "Gong Xu, awak tak perlu risau apa-apa sebenarnya. Antara kami semua, personaliti awak yang paling menonjol dan tak ada sesiapa yang boleh abaikan kehadiran awak. Lagi satu, kalau kita cakap pasal paras rupa, awak yang patutnya rasa paling selesa dalam kumpulan ni. Tak ada sesiapa yang boleh gantikan awak."
'Or-orang yang paling tampan dalam pasukan!!!'