Chapter 86 - Saya Bukan Tuhan

Ye Wan Wan melihat Shen Meng Qi melarikan diri dan dia tersenyum sinis.

Selepas insiden yang berlaku hari ini, tidak kiralah bagaimana Shen Meng Qi cuba menjelaskan atau menyembunyikan sikapnya, semua orang pasti mempunyai tanggapan yang berlainan tentang diri dan sikapnya.

Mengikut pemahaman Ye Wan Wan tentang Shen Meng Qi, dia mungkin ingin membalas dendam selepas menderita kekalahan yang besar.

Kembali di bilik asramanya, Ye Wan Wan terus mengambil telefonnya dan mencari nombor Si Ye Han.

Dia membuat keputusan untuk mengambil risiko buat sekali lagi.

Bagi Si Ye Han, menipu dan melarikan diri merupakan kesalahan terbesar, maka hal ini mungkin kecil jika dibandingkan. Tidak rugi bukan, jika berlaku jujur?

Pada masa yang sama, seperti yang dijangka Ye Wan Wan, hati Shen Meng Qi pasti sedang menggelegak.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS