Chu Hong Guang menoleh kepada Cai Yong Sheng dengan wajah yang gelap. "Yong Sheng, minta maaf dekat Xian Yu!"
Cai Yong Sheng terus mengamuk marah, "Kenapa saya kena minta maaf dengan dia? Dia hanya pelakon bawahan. Dia siapa sampai saya kena minta maaf dengan dia! Dia yang patut minta maaf dengan saya!"
Air mukanya sudah hampir kering beberapa hari ini. Jadi mustahil untuk dia meminta maaf kepada seorang artis di hadapan semua orang.
Han Xian Yu bukan seperti Ye Bai dan mereka yang lain. Sebagai tunjang utama Hiburan Seluruh Dunia, layanan kepada dia juga sangat berbeza. Semua sumber Hiburan Seluruh Dunia telah diberikan kepadanya, jadi bagaimana dia boleh beredar untuk seseorang seperti Ye Bai…
Hakikat sebenarnya, Cai Yong Sheng sangat memandang rendah kepada Han Xian Yu. Dengan bakatnya, dia tidak perlu lagi bergantung kepada syarikat. Sebaliknya, syarikat yang bergantung kepadanya.