Beberapa minit sebelum itu, Han Xian Yu telah berkongsi pos Weibo Ye Bai dan ia telah menarik perhatian orang ramai dalam medan internet.
[Ow, ow, ow! Si bidadari Xian Yu akhirnya pos sesuatu di Weibonya setelah sekian lama menghilang! Kejap, kejap… apa yang saya baru nampak ni? Si bidadari baru berkongsi pos Ye Bai, Bos Media Zaman Dewa tu ke?]
[Harimau tinggal di dalam hutan dan naga tinggal di laut yang luas - bunyinya sangat hebat! Kalau Xian Yu sendiri yang cakap macam ni, si tampan Ye Bai ni mesti menakjubkan!]
["Selagi awak perlukan saya, saya akan berada di sisi awak selama-lamanya!" Bunyinya terlalu provokatif, ahhhh! Macam baru saksikan kelahiran CP baru!]
[Wow! Tapi kejap. Khabar angin mengatakan pasangan gay si bidadari Xian Yu ni ialah orang yang dia sangat rapat. Jangan cakap orang tu Ye Bai? Kalau betul, ini memang cinta sejati!]
…