Bilik mesyuarat Hiburan Seluruh Dunia.
Chu Hong Guang, Cai Yong Sheng dan pihak atasan lain telah hadir.
Riak berbeza-beza kelihatan di wajah mereka dan mata mereka semua tepat memandang kepada Chu Hong Guang.
Pengerusi Chu telah memberi kuasa dan pengaruh kepada ahli keluarganya sendiri. Perkara ini masih boleh diterima. Tetapi apa yang mereka tidak boleh maafkan ialah bila si Chai Yong Sheng ini terlalu bodoh dan menghalau Ye Bai keluar?
Orang luar tidak tahu bagaimana Ye Bai berjaya masuk ke dalam Hiburan Seluruh Dunia di usia yang muda, tanpa kuasa atau pengaruh. Tetapi semua orang dalam ibu pejabat tahu sebab sebenarnya.