Xiao Yu Tong telah meminta krew penggambaran untuk membawa masuk snek yang banyak. "Gong Xu, peluk semua snek dan duduk dekat atas sofa dengan kaki awak disilangkan!"
Gong Xu merenung timbunan makanan ringan itu dengan mata bercahaya. "Boleh saya makan tak?"
Ye Wan Wan memegang kepalanya. "..." 'Aku dah agak dah…'
Xiao Yu Tong ketawa kecil. "Awak berpura-pura makan saja, jangan betul-betul makan pula. Kita boleh bagi semua tu dekat awak lepas habis penggambaran nanti!"
Selepas itu, dia memandang ke arah Ye Wan Wan. "Tapi bukan saya yang boleh putuskan awak boleh makan atau tak."
Gong Xu terus menoleh kepada Ye Wan Wan dan baru hendak berlakon seperti budak manja apabila Luo Chen, yang sedang membetulkan tali leher di sisinya bersuara dengan bersahaja, "Biar saya ingatkan awak yang berat badan awak bulan ni dah lebih 3 kilogram."