Semasa dia sedang berfikir, dia dapat merasakan jelingan tajam Shen Meng Qi yang dituju kepada dirinya.
Ye Wan Wan mengangkat keningnya dengan rasa tidak bersalah dan bertanya selamba, "Meng Qi, saya tak tahu benda akan jadi macam ini! Awak tak akan salahkan saya, bukan?"
Shen Meng Qi terlalu berang mendengar bisikan jahat dari orang sekelilingnya tapi dia hanya boleh memaksa diri menahan marahnya dan bersembunyi di sebalik kegelapan matanya. Dia ketawa paksa, "Wan Wan, kenapa saya nak marah… Kenapa saya nak salahkan awak? Bukannya awak buat dengan sengaja…"
Shen Meng Qi berkata sambil mengetap giginya dan matanya memerhati mereka yang masih berkerumun di sekelilingnya. Kemudian, dia cuba menjelaskan, "Sebenarnya, Yan Ran salah faham kepada saya. Kenapa saya nak curi buah hatinya?!