Selepas mereka berempat selesai berbincang, mereka kemudian beredar dan melakukan hal masing-masing.
Di hadapan pintu masuk bar, Ye Wan Wan bertanya kepada Ye Mu Fan, "Kita kena keluar dari pangsapuri Media Berkilauan selepas letak jawatan. Abang cadang nak tinggal dekat mana lepas ni?"
Gong Xu memang ada tempat tinggalnya sendiri, manakala Luo Chen pula sudah membeli rumah untuk dia berpindah masuk pada bila-bila masa sahaja.
Ye Mu Fan menjawab, "Saya mestilah akan pindah balik rumah. Saya memang dah lama nak balik dan tinggal dengan ibu dan ayah. Sekarang masa yang sesuai. Saya dah beritahu mereka dan mereka sangat gembira! Macam mana dengan awak? Awak nak balik dengan saya?"
Ye Wan Wan berkata, "Saya memang nak, tapi tak sesuai kalau saya balik dengan identiti saya sebagai Ye Bai. Saya ada beli sebuah rumah di pinggir bandar Beijing dengan harga yang rendah. Walaupun ia agak usang, tapi taklah teruk sangat lepas cuci nanti. Tempat tu pun sunyi!"