Ye Mu Fan dan Luo Chen masih merasakan kata-kata Ye Wan Wan sukar untuk dipercayai. Sementara Gong Xu pula sudah mula membayangkan masa depan yang tanpa halangan.
Mereka berdua agak terkedu tetapi juga turut sama bersemangat setelah melihat keyakinan dalam mata Ye Wan Wan.
"Okey." Mereka berdua menjawab dengan serentak.
Selepas berbincang, mereka berempat bersetuju untuk menubuhkan syarikat mereka dengan setiap daripada mereka melaburkan sejumlah duit.
Tetapi mereka terus berhadapan dengan masalah paling besar… mereka semua pokai…
Ye Wan Wan telah menggunakan semua duitnya untuk membayar hutang rumah. Dia juga telah menggunakan gaji terakhir untuk melangsaikan bayaran terakhir, jadi dia tidak ada banyak duit yang tinggal.