Ibu pejabat Hiburan Seluruh Dunia.
Wajah Chu Hong Guang begitu kecewa ketika itu. "Beritahu saya, apa sebenarnya yang berlaku?"
Cai Yong Sheng sangat marah ketika itu. Dia menjawab, "Pak Cik, saya tak buat apa-apa langsung! Ini semua salah Ye Bai. Dia mengkhianati syarikat dan ada hati nak bawa artis dan kakitangan syarikat sekali dengan dia. Dia nak memberontak!"
Mana mungkin Chu Hong Guang tidak tahu apa yang telah terjadi beberapa hari ini? Dia sengaja tidak mahu masuk campur, itu sahaja.
Ye Bai terlalu menonjol dan dia hanya mahu menggunakan Cai Yong Sheng untuk mengingatkan kedudukan lelaki itu. Dia telah melakukan pemeriksaan latar belakang kepada Ye Bai. Lelaki itu dilahirkan dalam keluarga biasa dan tidak mempunyai kuasa, pengaruh atau status. Chu Hong Guang terlalu arif dengan orang seperti ini. Sebaik sahaja orang seperti Ye Bai mendapat kuasa, mereka tidak akan mampu melepaskan kuasa itu dengan begitu mudah.