Ketika itu, semua artis lain dan pekerja di kawasan itu mula berbisik sesama mereka…
"Wow… tampannya… siapa orang tu?"
"Saya dengar Pengarah Cai panggil dia Ye Bai… nampaknya dia pengurus Gong Xu dan Luo Chen. Naib Presiden Media Berkilauan yang baru dilantik!"
"Tak guna! Awak serius ke?! Ada je pengurus yang kacak macam tu? Kalau semua pengurus setampan tu, berapa banyak artis yang nak langgar peraturan tabu tu?"
…
Setelah melihat peluang untuk menjadi gosip terhangat telah dihalang, Lucy Yang berasa kecewa dan menoleh kepada Cai Yong Sheng untuk meminta pertolongan.
Wajah Cai Yong Sheng berubah gelap apabila dia sedar Ye Bai sedang mencabarnya di hadapan begitu ramai orang. Dia mengetap giginya dan berkata, "Apa maksud awak. Siapa milik awak dekat sini?! Gong Xu dan Luo Chen milik syarikat! Awak tak tahu ke sekarang kita tengah buat penggambaran?"
Ye Wan Wan menjawab dengan bersahaja, "Jadi apa?"