Mereka berdua tidak bertanya pendapat Luo Chen langsung dan terus menukar skrip.
Luo Chen menggenggam penumbuknya dengan erat.
Apabila bekerja dalam industri hiburan, insiden seperti ini tidak pelik dan dia telah melalui perkara yang lebih teruk daripada ini…
Namun, semenjak dia debut, dia sangat dijaga oleh Abang Ye dan Abang Ye tidak akan membiarkan dia melalui perkara seperti ini. Apa yang dia perlu buat hanyalah bekerja keras dan berlakon dengan baik…
Cai Yong Sheng menoleh kepada Gong Xu dengan bersahaja. "Oh ya, Gong Xu. Jangan lupa untuk terus belasah Luo Chen selepas dicium oleh Lucy ya! Buat nampak macam realistik, faham? Awak sepatutnya agak berpengalaman dalam benda macam ni, betul tak? Hahahaha…."
Penumbuk Gong Xu digenggam erat sehingga jari-jemarinya berbunyi. Mata lelaki itu merona merah…
Pengarah menepuk tangannya dengan bersemangat. "Okey, okey, semua. Sila ke tempat masing-masing dan bersedia!"