Baru sahaja Shen Meng Qi mahu menidakkan apa yang Ye Wan Wan katakan, Ye Wan Wan kemudian tidak sengaja melirik pada Jiang Yang Ran, berfikir sebentar dan mengingatkan Shen Meng Qi. "Akhir bulan lepas. Bukankah awak dengan Song Zi Hang masa itu, dekat taman hiburan? Mungkin tempat itu terlalu bising, jadi mungkin awak tak dengar dengan jelas?"
Ketika Shen Meng Qi mendengar kata-kata itu, wajahnya bertukar pucat dan dia memandang Jiang Yan Ran dengan panik.
'Celaka!' Dia memang ada pergi taman hiburan dengan Song Zi Hang bulan lepas dan masa itu, Ye Wan Wan ada buat panggilan kepadanya untuk sebab tertentu. Memandangkan dia sedang menikmati perhatian Song Zi Hang, dia tidak ada masa melayan Ye Wan Wan jadi dia hanya membalas dengan beberapa patah perkataan dan memutuskan panggilan.
'Tapi bagaimana Ye Wan Wan tahu aku dekat mana? Adakah aku beritahu dengan tak sengaja?