Sebaik sahaja Ye Wan Wan kembali, pembantunya berkata dengan risau, "Pengarah Ye, kita ada masalah!"
Ye Wan Wan menjawab, "Kenapa?"
"Awak kan ada janji temu dengan Ketua Editor Liang tengah hari ni? Tapi Pengarah Chai yang baru dilantik tu dah bawa dia pergi. Dia juga ada cakap, mulai dari hari ni, dia akan ambil alih semua perkara berkenaan urusan kerjasama!"
Pembantu itu menjadi lebih marah semakin lama dia bercakap, "Abang Yi, si Cai Yong Shen ni melampau sangatlah. Awak yang berjaya dapatkan perjanjian tu. Walaupun awak dah dipindahkan, awak sepatutnya yang selesaikan urusan ini. Tapi dia rampas tugasan ni macam tu je? Nanti bukan dia ke yang dapat nama nanti?"
Ye Wan Wan tidak menunjuk sebarang perubahan pada wajahnya selepas mendengar perjanjian yang dia telah berusaha keras selama beberapa bulan ini telah dipintas separuh jalan. Dia berkata dengan tidak kisah, "Dia ada kebolehan untuk rampas, tapi dia ada kebolehan untuk telan ke…"