Sebaik sahaja Ye Wan Wan berdiri, betisnya tiba-tiba terasa kejang dan dia mengerutkan keningnya.
'Uh, kenapa seluruh badan aku rasa sengal teruk setiap kali lepas minum? Kaki aku pun kejang kali ni…
'Apa sebenarnya yang aku buat?'
"Kenapa Abang Ye?" Luo Chen terus bertanya.
Ye Wan Wan menjawab dengan bersahaja, "Tak ada apa-apa. Saya mungkin terlalu kuat bersenam sampai kaki saya kejang sikit."
"Duduk, Abang Ye."
Luo Chen bercakap sambil membantu Ye Wan Wan duduk. Dia kemudian terus melipat lengan baju sutnya yang mahal dan melutut di hadapan Ye Wan Wan. Dia mula mengurut betis Ye Wan Wan dengan lembut…
Ye Wan Wan cuba menolak. "Luo Chen, saya tak apa-apa. Awak tak perlu urut!"
Keadaan sangat berbeza untuk Luo Chen sekarang. Namanya sedang melonjak naik dan dia salah seorang bintang paling terkenal yang tiada siapa berani hampiri. Ke mana sahaja dia pergi, semua orang hormat dan kagum kepadanya.