Patutlah. Dia tertanya-tanya mengapa Shen Man Zhu tiba-tiba menjadi begitu terbuka sebegitu. Jadi budak bedebah itu dalang semua ini rupanya.
*Bang!* Pintu pejabat telah dibuka oleh seseorang.
Gong Xu meluru masuk seperti ribut. "Mina-san! Ohaiyo! Awak dah balik, Abang Ye! Saya tak sempat jumpa awak semalam, nasib baik saya sempat jumpa awak dekat sini. Awak ada belikan hadiah untuk saya tak?! Cepat, cepat, cepat, bagi saya!"
Ye Wan Wan mengecilkan matanya memandang lelaki itu. "Hadiah? Macam mana dengan satu tumbukan padu?"
Gong Xu mengelipkan matanya. "Huh? Kenapa awak nak tumbuk saya? Saya berkelakuan baik dan sangat patuh masa awak tak ada! Saya hanya sebabkan lima, um tak, tiga masalah…"
'Wow, bagusnya. Syabaslah kalau macam tu…'
Ye Wan Wan tersengih. Dia berkata dengan lembut, "Saya dengar awak cakap saya suka perempuan yang lebih terbuka dan liar? Lebih liar, lebih bagus?"