Di bahagian paling dalam di hutan kecil taman Jin.
Pasukan Gelap yang bertugas malam itu sedang bercangkung bersama, cuba sedaya-upaya untuk menyembunyikan diri masing-masing.
"Kapten, bila kita boleh balik?"
Feng Xuan Yi menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Saya… saya pun… tak tahu…"
Sebelas mengeluh, "Saya rasa kita kena tunggu sampai esok pagi, bila mabuk Cik Wan Wan dah hilang."
Mereka yang lain mengangguk bersetuju. "En, en, untuk keselamatan kita, baik kita duduk dekat sini! Cik Wan Wan sangat menggerunkan bila dia mabuk dan liar…"
Tambahan pula, Ye Wan Wan telah menjalani latihan dan kebolehannya sudah tentu sudah maju ke tahap yang lebih baik berbanding semasa di bar tempoh hari.
"Saya tak sanggup nak lawan Cik Wan Wan yang mabuk lagi…"
…
Taman dan halaman rumah taman Jin tersangat luas. Bagi Ye Wan Wan yang sedang mabuk, ia seperti pagar sesat.