"Tambahan pula, Yi Yi memang hebat. Sekarang saya anggap Yi Yi sebagai contoh kepada saya. Manakala untuk Yue Ze pula, dia memang sangat serasi dengan Yi Yi dan saya merestui hubungan mereka dengan seikhlas hati saya. Saya harap hubungan mereka berkekalan. Kalau tak, saya tak akan ambil inisiatif untuk batalkan pertunangan saya dekat jamuan hari jadi Atuk hari tu. Saya buat macam tu sebab saya tak nak Yi Yi dengan Yue Ze terkesan oleh saya.
Saya terlalu bodoh dan tak matang dulu. Saya dah buat Atuk dan Nenek risau dan kecewa kepada saya. Nasib baik ada Mak Cik dan Yi Yi di sisi mereka…"
Setelah mendengar kata-kata Ye Wan Wan, Liang Mei Xuan kelihatan seperti dia baru ternampak hantu dan Ye Yi Yi juga turut mengerutkan keningnya.
Ye Mu Fan sudah tentu tergamam ketika itu.