Keesokan pagi, di Media Berkilauan.
"Awak dah puas berseronok?" rungut Ye Mu Fan.
Ye Wan Wan tersengih. "Saya ada belikan hadiah untuk ibu, ayah dan Abang."
Wajah Ye Mu Fan berubah sedikit dan menggumam, "Nasib baik awak ada hati perut!"
"Kita akan ke kediaman lama kan malam ni?" tanya Ye Wan Wan.
"Ya…" Sebaik sahaja dia teringat perkara itu, wajah Ye Mu Fan berubah hitam. "Kita tak pergi tak boleh ke? Semua perkara dah berjalan lancar untuk kita. Kenapa kita kena pergi dan serah diri untuk dibuli?!"
Ye Wan Wan melirik kepada abangnya dan pandangan gadis itu bertukar dingin. "Saya dah cakap sebelum ni, kita kena dapatkan keluarga Ye balik! Abang dah lupa macam mana mereka layan ibu dan ayah?"
"Oh…" Ye Mu Fan berasa malu setelah dijeling dingin oleh Ye Wan Wan dan menggosok hidungnya. "Mestilah saya ingat. Tapi dengan kemahiran semasa kita dan prejudis atuk dan nenek kepada kita, ia begitu susah seperti nak terbang ke langit…"