Chapter 795 - Tak Tahu Malunya

Ye Wan Wan. "..."

Dia tidak pernah melihat orang tidak tahu malu seperti ini.

Tiga lelaki berpakaian hitam itu sudah tentu orang normal. Jadi apabila dia mendengar cadangan lelaki berambut putih itu, mereka terus bingung.

"Berambus!" laung salah seorang lelaki itu.

"Ay? Awak tak nak fikir dulu ke?"

"Jangan menyibuk! Kalau tak, kami akan bunuh awak sekali!"

"Saya bagi harga lebih rendah! Macam mana kalau $100,000"

"..."

"$50,000. Saya tak boleh bagi lebih rendah lagi!"

"Awak yang cari pasal!"

Tiga lelaki berpakaian hitam itu tidak boleh bersabar lagi. Mereka melihat satu sama lain dan mula meluru ke arah lelaki berambut putih itu dengan serentak, bersedia untuk menyingkirkan lelaki ini dahulu.

Lelaki berambut putih itu tersenyum nipis. "Tsk, memang murah. Awak beli tiga nyawa dengan harga $50, 000…"

Ye Wan Wan merenung lelaki itu. Apa masalah lelaki ini sebenarnya?

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS