Chereads / Cinta Rahsia Sempurna : Isteri Baru Jahat Manis Juga / Chapter 789 - Sejak Bila Saya Goda Dia?

Chapter 789 - Sejak Bila Saya Goda Dia?

'Aku masuk dengan tendang pintu sampai terhempas, okey!

'Tapi dia masih nampak tenang. Dia tak tahu ke aku tengah mengamuk?'

"Bukan awak sampai lagi lewat ke?" tanya Si Ye Han.

Ye Wan Wan berjalan menghampiri lelaki itu dan menghentak meja. "Apa? Awak kecewa ke sebab saya balik awal dan rosakkan malam awak?"

Si Ye Han tampak keliru. "Apa?"

Ye Wan Wan bertambah berang. "Tak perlu berlakon! Perempuan tadi, siapa yang sediakan perempuan tu untuk awak? Lewat malam macam ni. Awak mesti seronok berbual dengan dia, kan?"

Mata Si Ye Han berubah suram. "Perempuan?"

Apabila Ye Wan Wan melihat Si Ye Han masih berpura-pura tidak faham, dia hampir meletup. "Betul tu, setiausaha perempuan tadi! Dari gaya baju dia, solekan dan rambut dia, semuanya hampir sama dengan saya. Pembawaan dia pun hampir sama! Dia jelas sekali sengaja tiru saya! Jangan beritahu saya awak tak boleh agak yang perempuan tu dihantar ke sini untuk goda awak!"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS