Chapter 788 - Dicurang

Xu Yi memerah otaknya untuk mencipta alasan. "Uh… sebab… sebab bunga matahari dekat taman dah berbunga dengan baik. Semua bunga tu dah mula tumbuh benih! Awak boleh minum teh sambil tengok bunganya mekar!"

"Uh, tapi saya rindu tuan awak. Saya tunggu sini sajalah. Berapa lama lagi baru dia selesai?" tanya Ye Wan Wan.

Xu Yi hampir menangis. "Saya sendiri tak berapa pasti. Dia mungkin akan ambil masa yang lama. Jadi Cik Wan Wan, baik awak duduk dan rehat dulu!"

Pada mulanya kata-kata Xu Yi tidak kedengaran mencurigakan, tetapi Ye Wan Wan tiba-tiba teringat mesej teks daripada Si Xia.

"Xu Yi, awak ada sorok apa-apa ke daripada saya?" tanya Ye Wan Wan.

Xu Yi terus menjawab, "Tak!"

Apabila melihat Xu Yi menafikan dengan begitu cepat, Ye Wan Wan mengecilkan matanya. "Ada apa dekat dalam sana?"

Pandangan Ye Wan Wan menjadi lebih tajam. Xu Yi merasakan dia tidak boleh bertahan lagi. "Tak ada apa-apa. Tak ada apa-apa langsung!"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS