Negara Z, Syarikat Si.
Mesyuarat itu ditangguh dengan mengejut dan wajah setiap pihak atasan tidak boleh digambarkan ketika itu.
Pada mulanya, semua orang menunggu untuk menonton persembahan menarik. Tetapi akhirnya tiada siapa menyangka Feng Yi Ping dan Si Ming Li akan dimalukan.
Semua orang mengeluh dalam diam.
"Saya tak sangka keputusan dia akan jadi macam ni. Kalau mereka tetap juga beli batu mentah yang Pengarah Qin tempah, mereka pasti akan rugi!"
"Betul tu! Pelik, bukan mereka cakap dia budak kaya bodoh ke? Macam mana dia boleh dapat pilih bahan berkualiti tinggi dengan sekali pandang?"
"Bukan tu je. Kamu semua tengok macam mana dia yakin yang barang Pengarah Qin tempah tu tak berguna!"
"Perempuan tu memang menakutkan…"
…
Dalam masa yang sama, di taman Jin.
"Dah selesai, Encik Si. Keadaan semasa awak agak baik, tapi awak kena ingat untuk berhati-hati dan jaga kesihatan awak."