Feng Yi Ping menjawab, "Awak…"
Namun, Si Ming Li merenung tepat ke arah Ye Wan Wan dan berkata, "Baik, saya akan bertaruh dengan awak. Tapi kalau awak kalah, awak kena keluar daripada syarikat!"
"Baiklah. Tapi kalau saya menang, awak kena buat apa yang saya suruh. Kalau saya kalah, saya akan keluar daripada syarikat dan tak akan masuk campur lagi dalam urusan syarikat." Ye Wan Wan menepuk meja dan memuktamadkan pertaruhan itu.
"Baiklah, saya juga akan bertaruh dengan awak," kata Feng Yi Pin.
Perempuan ini tak tahu apa-apa tentang perjudian batu permata dan berani bercakap mengarut dekat sini. Dia hanya memalukan dirinya sendiri!
Pakar terbaik dalam perdagangan batu permata pun tidak berani menepuk dadanya dan bercakap besar yang dia akan mendapat untung, apatah lagi orang baru.
Lagipun, perjudian batu permata memerlukan 30% kemahiran dan 70% nasib.
Ketika itu, Hou Mao Feng dan Xue Li kelihatan terkejut.