Si Ye Han. [Mimpi ngeri?]
Selain daripada itu, dia tidak boleh mengagak mengapa Ye Wan Wan boleh mempunyai tanggapan pelik seperti itu.
Ye Wan Wan memeluk telefon bimbitnya dan berguling di atas katil. [Tak, saya ada nampak seorang budak lelaki comel hari ni. Apa yang paling penting, perangai budak tu sebiji macam awak. Dingin, tak ambil peduli, sombong macam 'semua manusia bodoh' tertulis dekat muka dia. Kalau dia bercakap dengan orang lain macam benda tu akan rendahkan IQ dia. Kamu berdua sangat serupa. Dia macam syaitan kecil sampai saya ingat awak ada anak luar nikah…]
Si Ye Han. [Dingin, tak ambil peduli, sombong, syaitan?]
'Ah! Mati aku! Aku tak sengaja beritahu tanggapan sebenar aku dekat Si Ye Han…'
Apabila menerangkan betapa serupanya Si Ye Han dengan budak kecil itu, dia telah menulis dingin dan tak ambil peduli. Itu sama seperti berkata Si Ye Han seperti itu!