Si Ye Han membuka matanya.
"Awak tak boleh muka mata awak! Saya masih marah!" Ye Wan Wan terus menjerit.
Sebenarnya… walaupun Ye Wan Wan hanya paranoid, dia tetap berasa agak tidak selesa setelah terfikir apa yang Si Ye Han mungkin nampak.
Si Ye Han menutup matanya sekali lagi dan berkata tanpa perasaan, "Jangan fikir benda mengarut, saya memang tak nampak apa-apa."
Ye Wan Wan mencebikkan bibirnya. "PENIPU! Awak nampak sebenarnya, kan!"
Kalau dia tak nampak apa-apa, kenapa dia nampak begitu menggerunkan tadi?
'Dia terang menipu walaupun merenung tepat dekat aku!
'Oh salah, mata dia tertutup…'
Keadaan Si Ye Han berdiri di situ dengan matanya tertutup membuatkan fikirannya semakin menggila…
Ye Wan Wan sedang sibuk memikirkan semua benda mengarut itu. Selepas beberapa ketika, Si Ye Han tiba-tiba berkata, "Saya memang tak nampak. Saya nampak awak saja."