"Ma-maaf! Saya dah susahkan awak ke?" tanya Shen Man Zhu dengan perasaan bersalah.
"Jangan risau, nanti saya jelaskan kepada mereka." Ye Wan Wan menghulur sekeping tisu kepada gadis itu.
Selepas beberapa ketika.
Shen Man Zhu melangkah keluar dari pejabat itu.
Gong Zu sedang menunggu dengan resah. Sebaik sahaja dia ternampak gadis itu, lelaki itu seperti penyamun dan terus menarik gadis itu ke satu sudut yang sunyi. "Wow, saya tak tahu Cik Shen Man Zhu kita suka dekat Abang Ye?"
Shen Man Zhu yang baru ditolak ketika itu berada dalam mood yang tidak baik dan terus menjeling lelaki itu. "Kenapa? Tak boleh?"
"Boleh, boleh, boleh, mestilah awak boleh! Abang Ye saya terlalu tampan sampaikan saya sendiri terharu. Benda normal kalau awak juga suka dekat dia! Jadi, macam mana?" Gong Xu cuba memancing gosip panas.