Ye Mu Fan berlakon seperti dia seorang yang berbudi bahasa dan seperti tidak kisah langsung. "Hey~ Jangan panik, He Jun Cheng. Saya hanya beritahu benda sebenar dan tak ada niat pun nak awak bertanggungjawab. Itu hanya satu rekaan. Saya boleh bagi lagi sepuluh dalam masa sehari kalau awak nak.
Memandangkan awak suka sangat rekaan tu, saya bagi terus dekat awak. Bukan benda besar. Kita dulu kan pernah bekerja sekali, jadi saya tak kisah nak bagi lagi satu manuskrip kalau itu apa yang awak nak!"
"Kkk-kau… kau, kau…" He Jun Cheng begitu berang sehingga dia hampir memuntahkan darah.
Ye Mu Fan berkata dia tidak kisah, tetapi dia langsung tak ada bukti. Tetapi, dia berjaya melekatkan label pencuri di dahi He Jun Cheng. Tambahan pula, semua orang pasti akan percaya kata-kata Ye Mu Fan dengan status dia sekarang.
"Oh Tuhanku, saya tak sangka He Jun Cheng orang macam ni sebenarnya. Ambil manuskrip orang lain dan anggap itu hasil kerja dia sendiri!"