Mu Wen Qing menggeleng kepalanya. "Kalau nak dibanding dengan Mu Fan, masih jauh bezanya…"
Pengarah Zheng tahu bagaimana pengerusi ini sangat mengagumi naib pengerusi yang baru dilantik itu. Dia terus berkata, "Mestilah! Mereka ada gaya yang sama, tapi hasil kerja He Jun Cheng nampak sedikit amatur!"
Mu Wen Qing menoleh kepada kerusi kosong di sebelahnya. "Mana Mu Fan? Kenapa dia tak sampai lagi?"
"Dia terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan ke sini. Sekarang dia tengah uruskan situasi tu. Dia akan sampai tak lama lagi!"
"Apa? Kemalangan?" Mu Wen Qing mengerutkan keningnya.
Pengarah Zheng terus menjelaskan, "Jangan panik, Pengerusi. Dia tak apa-apa dan kereta dia rosak sedikit. Saya akan ke pintu masuk dan terus berjumpa dengan dia!"
…
Pemergian sementara Pengarah Zheng tidak mencetuskan sebarang kekecohan.