He Jun Cheng menghampiri Ye Mu Fan dan berkata dengan penuh sesal dan nada suara yang direndahkan, "Haih, kenapa awak pilih jalan ni? Saya dah cukup baik untuk jemput awak bekerja dengan kami semula sebelum ni. Tapi sayang, awak tak tahu apa yang baik untuk awak…"
He Jun Cheng terhenti seketika dan matanya penuh dengan perasaan teruja. "Tapi kalau awak merayu dekat saya pun sekarang, saya takut saya tak akan sebaik tu lagi…"
Ye Mu Fan tidak bergegas untuk beredar, jadi dia menaikkan keningnya sedikit. "Merayu dekat awak?"
He Jun Cheng teringat bagaimana dia telah diikat di tanah perkuburan oleh Ye Mu Fan dan wajahnya bertukar suram. "Kalau awak berlutut sekarang dan sujud pada saya tiga kali di hadapan semua orang, saya mungkin akan bagi awak satu lagi peluang…"
Ye Mu Fan baru hendak menjawab apabila telefon bimbitnya tiba-tiba berdering. Ia panggilan daripada Ye Wan Wan.