Orang ramai itu berbual seketika. Anugerah Agung Fesyen pula akan bermula sebentar lagi tetapi kelibat Felix masih tidak muncul.
Agak ramai tetamu yang hadir malam ini kerana lelaki itu. Boleh dikatakan mereka sedang menunggu ketibaannya dengan resah.
Shen Meng Qi berasa bosan menunggu. Dia menghabiskan masa dengan berbual tentang fesyen dan aksesori dengan beberapa artis kecil. Sementara He Jun Cheng pula sedang berlagak dengan beberapa jurugaya lain.
Ketika itu, seorang jurugaya dengan rambut diikat tocang yang berdiri di hadapan He Jun Cheng tiba-tiba menoleh dan berkata dengan teruja, "Wow, luar biasa ni. Cuba tengok siapa saya baru nampak?"
"Siapa? Jangan dramatik sangat boleh tak? Awak nampak Felix ke?"
"Pui! Jangan hina putera idaman saya! Cuma tuan muda daripada keluarga Ye, putera raja Maharaja Langit!"
"Putera raja Maharaja Langit? Awak cakap pasal Ye Mu Fan ke?"