Chapter 714 - Kita Mesti Upah Dia

Nampaknya tuah jurugaya emas yang baru dilantik, dewa Felix, tidak begitu baik.

Ye Mu Fan kelihatan ceria dan memukau apabila dia melangkah keluar dari pangsapurinya. Rambutnya digel dan disikat kemas. Dia memandu kereta sport Pagani merahnya ke lokasi Anugerah Agung Fesyen dengan wajah yang ceria dan gembira.

Majlis itu telah diadakan di sebuah rumah kelab mewah peribadi di pinggir bandar Beijing.

Walaupun cuaca tidak begitu baik beberapa hari ini dan hujan turun renyai-renyai, ia langsung tidak merosakkan mood Ye Mu Fan.

Cermin keretanya telah diturunkan sedikit dan gerimis hujan mencelah masuk dan mengenai wajahnya, tetapi dia tetap tenang dan ceria. Memandangkan orang tidak begitu ramai di atas jalan, Ye Mu Fan meluncur lebih laju.

Tetapi separuh jalan, dia ternampak sebuah kereta biru dipandu melawan arus dan sedang laju menuju ke arahnya.

"Celaka!" Ye Mu Fan menekan pedal brek dan cuba mengelak kereta itu.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS