Selepas Song Jin Lin beredar, Zhang Hua terus merungut dengan tidak berdaya, "Kami perlukan beberapa artis baru yang berkemahiran dalam seni mempertahankan diri untuk adegan ini. Saya ada jumpa banyak artis untuk Pengarah Song, tapi dia langsung tak berpuas hati. Semua artis yang berlakon watak kecil ni kebanyakan amatur. Walaupun mereka golongan profesional, tak banyak yang terlatih. Jadi macam mana saya nak cari artis dengan kemahiran mempertahankan diri yang hebat…?"
Ye Wan Wan tertawa apabila mendengar rungutan Zhang Hua. Itu memang cara Song Jin Lin bekerja - membuat penggambaran drama bersiri seperti filem, menekankan kesempurnaan dalam setiap adegan.
"Okeylah, Pengarah Ye. Saya tak boleh berbual lama dengan awak. Saya kena cari lebih ramai orang! Kalau tak, saya takut kita tak boleh siapkan semuanya hari ni…"
"Baik, pergilah!"
Lokasi penggambaran hari ini sangat dekat dengan sebuah jambatan tua yang usang.