Suasana sunyi menghantui kereta itu.
Lelaki itu kembali semula kepada dirinya yang pendiam, menjauhkan diri dan dikelilingi dengan aura bermisteri sekali lagi.
Lelaki itu seperti selain daripada wujud di planet ini, dia tampak sangat tidak serasi dengan tempat ini.
Ye Wan Wan tidak pasti mengapa, tetapi dia tidak suka melihat perasaan dingin dan kosong di wajah Si Ye Han.
Ye Wan Wan tersenyum dan memandang kepada lelaki itu. "Jangan sedih sangat! Bukan masalah besar, kan? Senyum sikit, masih ada banyak benda yang cantik dalam dunia ni!"
Perasaan dingin dalam mata Si Ye Han terus cair ke dalam langit gelap di luar tingkap kereta. "Betul, ke?"
Ye Wan Wan mengeluarkan sekeping coklat kecil dari poket dan menyuapnya ke mulut lelaki itu dengan lembut. "Mestilah!"
Kemanisan coklat itu cair di dalam mulut Si Ye Han, tetapi senyuman gadis itu lebih manis daripada coklat itu, mencairkan hatinya yang gundah…