Ouch…
Gong Xu menggigit lengan bajunya sendiri dengan wajah yang berlinangan air mata!
'Abang Ye yang selalu nampak bersahaja, tegas dan susah untuk dibawa berbincang ni, sebenarnya ada sisi lembut macam ni? Kenapa aku rasa sedih?'
Ye Wan Wan sudah tentu perasan reaksi Gong Xu dan sekaligus telah berjaya mencapai matlamatnya. Dia menoleh kepada Si Ye Han. "Saya jemput awak dekat pejabat malam ni."
Si Ye Han. "En."
"Eh, tunggu. Awak terlupa sesuatu ke?" Ye Wan Wan menaikkan keningnya.
Si Ye Han berhenti melangkah, membongkok dengan patuh dan mengucup bibir gadis itu, meninggalkan ciuman selamat tinggal.
Gong Xu. "..."
'Maafkan aku, tapi kamu berdua tak nampak aku ke?
'Ada orang bernyawa dekat sini…'
Dari malam tadi sehingga ke pagi ini, pujukan Ye Wan Wan boleh dikatakan telah dilakukan dengan sempurna. Dia tidak terlepas mana-mana bahagian, jadi krisis ini telah berjaya diselesaikan.