Gelombang panas yang bergelora terus muncul dalam mata gelap Si Ye Han. Haba itu seperti boleh mencairkan seseorang.
Ye Wan Wan boleh melihat dengan jelas keinginan yang kini sedang melimpah keluar dari mata lelaki itu…
'Oops…
'Alamak… aku melampau sangat…'
Sebaik sahaja bibir Si Ye Han menghampiri dia sekali lagi, Ye Wan Wan terus menghempas kepalanya ke dada lelaki itu. Dia berkata dengan sedih, "Uh, saya sibuk sepanjang hari dan saya tak sempat makan apa-apa. Laparnya… saya nak makan mee… tapi tangan saya sakit…"
Si Ye Han memandang gadis itu dengan begitu hampir sehingga Ye Wan Wan boleh menghidu nafas lelaki itu.
Bagaimana Si Ye Han tidak tahu apa yang Ye Wan Wan fikirkan ketika itu…
Dia begitu berani mengganggu emosinya tetapi terus melarikan diri selepas itu…
Dia menggigit kuat bibir gadis itu dan berjalan menuju ke peti sejuk.