"Hubungi Dong Zai dan minta dia kembalikan kereta tu kepada awak. Balik awal dan berehat."
Ye Wan Wan menarik tangan Si Ye Han, berpaling dan terus berjalan masuk ke dalam pangsapuri.
"Eh, tunggu… tunggu…"
Di belakangnya, Gong Xu berdiri tercegat dalam kesejukan malam, masih tergamam…
'Berehat… berehat nenek aku!
'Macam mana aku nak tidur malam ni?!
'Jadi bro, awak nak tinggalkan aku seorang diri dekat sini?'
Ketika itu, dia akhirnya percaya Abang Ye memang suka kepada lelaki…
Apakah perasaan pelik dan aneh seperti ditinggalkan ini?
"Ding." Lif terbuka dan Ye Wan Wan menarik Si Ye Han masuk.
Mereka berdua mendiamkan diri di dalam lif. Kedua-dua mereka tidak bercakap.
Pandangan Si Ye Han masih melekat kepadanya sepanjang masa itu.
Seketika kemudian, mereka tiba dan berjalan keluar dari lif bersama-sama.