Gong Xu menggenggam erat penumbuknya sehingga kedengaran bunyi berkeriut. Dia menarik nafas dalam dan akhirnya menurunkan tangannya. Dia menolak peminat itu ke lantai dan kembali ke sisi Ye Wan Wan tanpa berkata apa-apa.
Apabila pihak media melihat Gong Xu telah diganggu, mereka semua berasa kecewa…
Dalam masa yang sama, tumpuan mereka tertumpu kepada pengurus yang berdiri di sebelah Gong Xu.
Dari mana orang ini datang? Dia berjaya hentikan Gong Xu daripada situasi seperti tadi…
Pihak media telah terjumpa satu topik panas yang baru.
Salah seorang wartawan terus bersuara, "Pengarah Ye, boleh saya tanya soalan?"
Ye Wan Wan menjawab, "Teruskan."
Kata-kata wartawan itu sangat tajam. "Pengarah Ye, awak ada kongsi pos Weibo Gong Xu tepat jam 8 malam semalam, menunjukkan awak bersama dia. Adakah ini bermaksud awak bersetuju dan menyokong tindakan Gong Xu?"