Ye Wan Wan sedang mandi apabila telefon bimbitnya dibanjiri dengan begitu banyak mesej sehingga baterinya mati.
Apabila dia membuka salah satu pautan, sebuah video terus dimainkan.
Video itu agak bergegar dan bising, keadaan di situ begitu riuh.
Dalam kalangan orang ramai yang seperti bayangan hitam, jaket fluoresen berwarna biru terang Gong Xu menarik perhatiannya.
"Ya betul, Tuan Muda lebih besar daripada Ling Shao Zhe!"
"Ya, Tuan Muda pembuli besar. Jadi apa? Gigitlah saya kalau macam tu!"
"Haih, seranglah saya. Baling dekat sini. Cepat BALING! SERANG SAYA! Cepat, cepat, cepat…"
"Jangan fikir mereka boleh balik!"
Ye Wan Wan tidak tahu sama ada mahu ketawa atau menangis setelah mendengar ayat terakhir itu.
Gong Xu tidak terus bersembunyi apabila terserempak dengan pihak media. Sebaliknya, dia menjadi pembuli besar dan menyekat mereka daripada balik.