Selepas perjumpaan itu tamat, semua orang mengucapkan selamat tinggal dan beredar.
Han Xian Yu bertanya, "Ye Bai, macam mana awak nak balik?"
"Kawan saya ada berdekatan. Kejap lagi dia singgah untuk jemput saya," jawab Ye Wan Wan.
Luo Chen, Gong Xu, Han Xian Yu dan Tang Xing Huo, masing-masing sedang menunggu orang menjemput mereka.
Han Xian Yu sedang berbual dengan Ye Wan Wan dengan kepalanya sedikit ditelengkan. Luo Chen sedang berbual dengan pembantunya. Manakala Gong Xu pula, yang selalunya suka menempal rapat dengan Ye Wan Wan, sedang berdiri beberapa kaki di belakang lelaki itu.
Pandangan Tang Xing Huo melewati Ye Bai, Luo Chen, Han Xian dan Gong Xu. Ada perasaan ingin tahu membara yang tidak tertahan dalam hatinya.
Dia merasakan ada sesuatu yang berlaku tetapi dia tidak tahu apa!
Gong Xu menghampiri Han Xian Yu dan memanggil lelaki itu ke tepi.